Panduan (FAQ)

1.Apakah jenis kain yang digunakan?

Antara jenis kain yang utama:

  • T-shirt round neck jenis kain Cotton 100% atau Tetra Cotton.
  • F1 uniform dan jaket karporat jenis kain Viscose.
  • Baju Polo jenis kain Lacoste,Honeycomb
  • Dry fit jenis kain Microfiber.

 

2.Bagaimana untuk mendapatkan harga yang sesuai dengan budget?

Untuk mendapatkan harga yang memenuhi kehendak anda, sila ikuti panduan di bawah.

 

a) Kuantiti

Anda akan mendapat harga yang berpatutan dengan membuat tempahan dengan  kuantiti yang  banyak contohnya 50 helai keatas.

Ini kerana cas blok cetakan dan sulaman dapat dikurangkan.

*Ingat “Tempah banyak, harga  murah”

 

b) Corak (Design)

Harga cetakan (printing) bergantung kepada bilangan warna yang di gunakan. Ini kerana semakin banyak warna, semakin banyak blok di gunakan.

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah,  kurangkan bilangan warna untuk corak anda.

 

Harga sulaman (Embroidery)  bergantung kepada bilangan tempat sulaman. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, kurangkan tempat sulaman .

 

c) Formula

Tempah  kuantiti banyak  + kurangkan warna @ tempat sulaman = Harga murah

 

3) Harga sulaman (Embroidery) tidak sama dengan harga cetakan (Silk Screen). Kenapa?

 

a) Sulaman (Embroidery)

Harga untuk sulam adalah lebih mahal berbanding cetakan kerana kos blok sulam lebih mahal berbanding kos blok cetakan.

Sesuai untuk semua jenis kain terutama kain Viscose, Lacoste dan Cotton.

 

b) Cetakan (Silk Screen)

Harga lebih murah berbanding dengan sulaman kos blok lebih murah berbanding dengan kos blok sulaman.

Sesuai untuk kain Cotton, Tetra Cotton dan Microfiber.

 

 

4) Saya mempunyai design atau rekaan baju yang tiada dalam catalog contohnya seperti baju seragam sekolah atau baju untuk syarikat.Boleh tempah?

 

Boleh. Jika tempahan atau rekaan baju  yang tiada dalam catalog , kami akan jahit baru (Custom made) baju anda mengikut kehendak anda.

 

Untuk jahit baru, minimum order untuk setiap tempahan adalah 50 pcs keatas. Untuk mendapatkan harga yang berpatutan sila rujuk panduan no 2 diatas.

 

5) Saya tak pandai design baju. Boleh tolong design ke?

Ya. Kami akan design tempahan anda, tiada dikenakan caj tambahan, PERCUMA!

 

Jika anda masih lagi mempunyai pertanyaan, sila hubungi saya dengan segera.

013-7021897, atau di tab Borang Order atau datang ke pejabat kami terus.

 

Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan tempah baju kami. Terima Kasih.  :)